Thursday, January 13, 2011

Hib Disease

What causes Hib disease?
Hib disease is caused by a bacterium, Haemophilus influenzae. There are six different types of these bacteria (a through f). Type b organisms account for 95% of all strains that cause invasive disease, and this is the type against which the Hib vaccine protects.


How does Hib disease spread?
Hib disease is spread person-to-person by direct contact or through respiratory droplets. Usually the organisms remain in the nose and throat, but occasionally the bacteria spread to the lungs or bloodstream and cause a serious infection in the individual.


How long does it take to show signs of Hib disease after being exposed?
The incubation period of Hib disease is not certain, but could be as short as a few days.


What are the symptoms of Hib disease?
A person with invasive Hib disease can have different symptoms depending on what body systems are affected.



How serious is Hib disease?
Hib disease can be very serious. The most common type of invasive Hib disease is meningitis, an infection of the membranes covering the brain (50%-65% of cases). Symptoms of Hib meningitis include fever, decreased mental status, and stiff neck. The mortality rate is 2%-5%. In addition, 15%-30% of survivors suffer some permanent neurologic damage, including blindness, deafness, and mental retardation.Another 17% of invasive Hib cases results in epiglottitis, an infection and swelling in the throat that can lead to life-threatening airway blockage. Other forms of invasive Hib disease include joint infection (8%), skin infection (6%), pneumonia (15%), and bone infection (2%). Two tragic incidents showing the seriousness of Hib were reported from both Minnesota and Pennsylvania in early 2009. Minnesota reported a total of five cases of invasive Hib disease in children younger than 5 years from 2008, the largest number since 1992. Three of the children had not been vaccinated because of parent/guardian deferral or refusal. One of these children died. In Pennsylvania, seven cases were reported for the six-month period from October 2008 – March 2009. Only one child had received any vaccine (1 dose) and 3 of the children died.


How do I know if my child has Hib disease?
The diagnosis of Hib disease is usually made based on one or more laboratory tests using a sample of infected body fluid, such as blood or spinal fluid.


Is there a treatment for Hib disease?
Hib disease is treated with antibiotics, usually for 10 days. Most cases require hospitalization. Even with antibiotic treatment, 3%-6% of all children with Hib meningitis die from the disease.


How common is Hib disease in the United States?
Before the introduction of a Hib vaccine, H. influenzae type b (Hib) was the leading cause of bacterial meningitis among children younger than age five years in the United States. Every year about 20,000 children younger than age five years got severe Hib disease and about 1,000 children died. More than half of children who developed severe Hib disease were younger than age 12 months.From 1996 through 2000, an average of 68 reported cases of Hib disease occurred in children younger than age 5 years each year. By 2006, this number had dropped to just 29 cases and, although some of the 179 cases with unknown serotype could have been due to Hib, the significant decline in incidence (>99%) since the pre-vaccine era is truly remarkable.


Can you get Hib disease more than once?
Yes. A child with Hib disease may not develop protective levels of antibodies. Children younger than age 24 months who have recovered from invasive Hib disease should be considered unprotected and receive the Hib vaccine as soon as possible.



adapted from www.vaccineinformation.org 

Wednesday, January 12, 2011

TANDA-TANDA KEKUASAAN ALLAH


“Pekerja di stesen keretapi mengubah landasan dan laluan keretapi, bukan dengan mengubah dan menghalakan keretapi itu ke laluan yang dikehendaki, tetapi ia mengubahnya dengan cara yang mudah iaitulah dengan menggunakan “alat pengubah haluan landasan.” Dengan menarik sedikit “alat pengubah” tersebut, ia dapat mengubah haluan keretapi ke laluan yang lain tanpa bersusah-payah. Demikian juga hati manusia dan ma’rifatullah (mengenali Allah). Mengenali Allah secara hakiki merupakan “alat pengubah.” Apabila hati insan mengalami suatu perubahan dari suatu keadaan kepada keadaan yang lain, diri insan itu juga akan berubah. Apabila seseorang individu itu berubah, ummah juga akan berubah. Apabila engkau inginkan perubahan, maka baikilah hati manusia dengan mengenal-kannya dengan Allah Subhanahu wa Ta’ala secara hakiki.” (Dari kalam Al-Imam Al-Syahid di dalam Durus Al-Thulatha’)



Kita sangat memerlukan kepada ma’rifatullah yang hakiki untuk membaiki hati dan mengubah keadaan agar keadaan ummat seluruhnya juga berubah. Di antara apa yang membekalkan kita dengan ma’rifat ini ialah bertafakkur terhadap ciptaan Allah dan tanda-tanda kekuasaanNya di alam semesta ini, serta mentadabbur nama-nama dan sifat-sifatNya.

Kebanyakan ayat Al-Qur’an Al-Karim menggesa kita agar bertafakkur:
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;
(Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.
(Surah Al-’Imran: Ayat 190-191)

Katakanlah (wahai Muhammad): Perhatikan dan fikirkanlah apa yang ada di langit dan di bumi dari segala kejadian yang menakjubkan, yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya).
(Surah Al-Yunus: Ayat 101)

(Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?
(Surah Al-Ghasyiyah: Ayat 17)

Dan sesungguhnya pada binatang-binatang ternak itu, kamu beroleh pelajaran yang mendatangkan iktibar
(Surah Al-Nahl: Ayat 66)

Danjuga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?
(Surah Az-Zariyat: Ayat 21)

Sepertimana Al-Qur’an mencela mereka yang tidak menggunakan ‘aqal dan penglihatan untuk memerhatikan dan menilik apa-apa yang terdapat di sekitar mereka:
Dan berapa banyak tanda-tanda kekuasaan Allah di langit dan di bumi yang mereka menyaksikannya berulang-ulang semasa mereka pagi dan datang, sedang mereka tidak juga menghiraukan dan memikirkannya.
(Surah Al-Yusuf: Ayat 105)

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak darijin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengan­nya (bukti keEsaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
(Surah Al-A’raf: Ayat 179)

Bidang-bidang dalam bertafakkur kepada ciptaan dan kekuasaan Allah di alam ini terlalu banyak sehingga tidak dapat dihitung, ianya meliputi semua benda dan perkara:

A. SEGALANYA ADALAH TANDA KEKUASAAN ALLAH

Pada segala-galanya terdapat petanda yang menunjukkan kepada kekuasaanNya yang Maha Esa. Oleh kerana kita tidak mampu menyingkap keseluruhannya maka memadailah kami mengemukakan beberapa contoh dengan pemerhatian yang mendalam. Kamu carilah penambahannya menerusi apa yang terbentang di dalam kitab Allah yang dibaca (Al-Qur’an) berkaitan keagungan Allah; dan kekuasaan Allah mencipta segalanya menerusi kitab Allah yang dilihat iaitulah alam semesta yang luas ini. Telahpun terdapat buku-buku yang membahaskan secara terperinci beberapa penemuan sains moden. Banyak rahsia yang terkandung di alam semesta ini yang membuktikan kewujudan, keEsaaan dan sifat-sifat yang sempurna bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Di alam semesta yang luas ini, apabila kita melihat bulatan planet bumi kita mendapati ia adalah suatu yang sangat besar. Pada ruang angkasa pula terdapat bintang-bintang dan planet-planet, bahkan kita telah mengetahui penemuan sains terkini memberikan maklumat, bilangan, saiz, berat, jarak dan kelajuan pergerakannya yang amat menakjubkan. Akal kita sudah tentu tidak mampu menggambarkan maklumat-maklumat tersebut.

Matahari besarnya ialah 250,000,000 kali ganda lebih besar dari bumi. Di sana juga terdapat bintang-bintang yang berjuta-juta kali lebih besar dari matahari. Semuanya beredar di atas orbit yang tertentu, tidak berlanggar dan tidak tersilap. Itulah kekuasaan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Unit perkiraan untuk jarak bintang adalah tahun cahaya. Iaitulah jarak yang dilalui cahaya selama setahun. Sedangkan kelajuan cahaya adalah tiga ratus ribu ki­lometer sesaat. Ahli falak telah mengatakan wujudnya bintang yang berada jauh dari kita dengan jarak ratusan juta tahun cahaya. Benarlah firman Allah Yang Maha Besar:
Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah Yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya
(Surah Al-Waqi’ah: Ayat 75-76)

Pada hari ini, selepas empat belas kurun turunnya ayat-ayat ini, barulah kita mulai mengetahui sedikit sebanyak tentang kedudukan bintang dan kehebatannya. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
dan langit itu Kami dirikan Dengan kekuasaan Kami (dalam bentuk binaan Yang kukuh rapi). dan Sesungguhnya Kami adalah mempunyai kekuasaan Yang Luas tidak terhingga.
dan bumi pula Kami hamparkan (untuk kemudahan kamu mendiaminya); maka Kamilah sebaik-baik Yang menghamparkannya.
(Surah Az-Zariyat: Ayat 47-48)

Apabila kita meneliti kehalusan yang tak terhingga pada sunnatullah (aturan Allah pada alam semesta) pada matahari, bumi dan bulan dari segi jarak, kelajuan, berat, kecondongan paksi bumi, kelajuan putarannya, kelajuannya mengelilingi matahari, dan kelajuan matahari mengelilingi bumi; semuanya itu membolehkan manusia hidup di bumi dengan keadaan yang sesuai dan membolehkan kita mengetahui bilangan tahun dan membuat hitungan. Maha Suci Allah yang menjadikan segala-nya lalu mengaturnya dengan aturan yang bijaksana.

Setelah memerhatikan alam semesta yang terbentang luas, kita perhatikan pula alam zarah yang merupakan satu bahagian yang teramat kecil dari segala jenis ciptaan Allah. Bagaimanakah ianya terbentuk dan wujudnya kelainan antara unsur-unsur dan komponen-komponennya dengan sebab berbezanya unsur-unsur setiap zarah; sebagaimana yang dijangkakan ahli sains dalam penafsiran terhadap fenomena yang mereka temui. Suatu pandangan yang menarik di dalam bidang ini ialah walaupun manusia bersusah-payah untuk mengetahui teras sesuatu unsur ia tidak akan mencapainya, kerana ia adalah rahsia kejadian di sisi Allah semata-mata.

B.  ALAM TUMBUHAN DAN SERANGGA

Kebesaran dan kekuasaan Allah juga tertera di alam tumbuhan dan serangga. Setiap benih tumbuhan mengandungi ciri-ciri yang tersendiri dan jenis-jenisnya juga saling berbeza di antara satu dengan lain. Terdapat kelainan pada jenis batang, daun, bunga, buah, warna, rasa dan bau setiap jenis tumbuhan. Benarlah firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
Dan di bumi ada beberapa potong tanah Yang berdekatan (tetapi berlainan keadaannya); dan padanya ada kebun-kebun anggur, dan jenis-jenis tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) Yang berumpun dan Yang tidak berumpun; semuanya disiram Dengan air Yang sama; dan Kami lebihkan buah setengahnya dari setengahnya Yang lain (pada bentuk, rasa, dan baunya) Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi tanda-tanda kekuasaan Allah bagi orang-orang Yang (mahu) berfikir serta memahaminya.
(Surah Al-Ra’d: Ayat 4)

Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam? Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?
(Surah Al-Waqi’ah: Ayat 63-64)

Perbezaan di antara tumbuhan ini berlaku pada peringkat pertumbuhannya dengan waktu dan iklim yang sesuai. Selain daripada itu juga terdapat banyak penemuan yang telah dicapai dan juga yang masih belum ditemui. Sekalipun para ahli sains (dianugerahkan ilmu yang tinggi, namun mereka tidak mampu membuat benih tumbuhan dan menumbuhkannya apabila diletakkan di atas tanah dan disiramkan dengan air. Ini kerana rahsia pertumbuhan di dalam benih asal adalah pengkhususan ilmu Allah semata-mata. Manusia tidak akan mampu berbuat scdemikian dengan benih tiruan.

Pada alam serangga pula, amat menakjubkan kita, setiap serangga sekalipun amat kerdil ia mempunyai organ dan panca-indera dengan fungsi-fungsinya yang khusus di dalam kehidupan mengikut fitrah yang Allah jadikan. Para ahli sains masih lagi menemui perkara yang menakjubkan ‘aqal tentang apa yang berlaku di dalam komuniti setiap jenis serangga. Mereka melakukan fungsi dengan cergas, terdapat sistem yang halus, tidak berlaku perselisihan di dalam pengkhususan tugas antara satu dengan yang lain, bentuk dan binaan tempat tinggal yang begitu unik dan menakjubkan, ia memelihara mereka daripada perubahan cuaca. Sebagai contoh, kita boleh lihat sarang lebah. Bagaimana kerja-kerja diagihkan mengikut peng­khususan. Sarangnya amat unik dengan bentuknya yang leper, melekit dan berbentuk segi enam. Itulah suatu fitrah yang Allah Subhanahu wa Ta’ala jadikan. Benarlah firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
Ini (semuanya adalah) ciptaan Allah, maka cubalah kamu tunjukkan kepadaKu apakah yang telah diciptakan oleh makhluk-makhluk yang lain daripadaNya (yang kamu sembah itu)?
(Surah Luqman: Ayat 11)

Yang telah memberikan kepada tiap-tiap sesuatu: kejadian semula jadinya yang sesuai dengannya, kemudian Ia memberi petunjuk kepadanya akan cara menggunakannya.
(Surah Taha: Ayat 50)

Para ahli sains membuat kajian dan menemui sebanyak sepuluh ribu jenis serangga yang berlainan wujud pada setiap setahun dan juga ditemui lebih 30,000 jenis kumbang. Demikian juga manusia tidak mampu membuat seekor serangga kerana rahsia kehidupan adalah khusus pada (pengetahuan) Allah Subhanahu wa Ta’ala sahaja:
Wahai umat manusia, Inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya Dengan bersungguh-sungguh. sebenarnya mereka Yang kamu seru dan sembah, Yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat Walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah Yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah Yang diminta (daripada menunaikannya).
mereka (yang kafir musyrik) itu tidak menghormati Allah menurut penghormatan Yang selayaknya (sebagaimana Yang ditetapkanNya); Sesungguhnya Allah adalah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.
(Surah Al-Hajj: Ayat 73-74)

C. DISEGENAP UFUK

Alam burung juga terdapat pelbagai jenis. Bentuk, saiz, warna, suara, umur, nisbah populasi, cara mengeram telur, memelihara anak dan memberi makanan yang sesuai mengikut peringkat umur; semuanya berbeza antara suatu jenis dengan jenis burung yang lain. Kita mendapati burung mengembara pada musim dan tempat tertentu kemudian pulang semula ke sarang asalnya tanpa peta atau alat pengukur. Kecemburuan burung jantan terhadap burung betina melebihi perasaan antara sesama kebanyakan manusia pada hari ini.
Sekiranya kita perhatikan perkembangan dan perubahan yang berlaku pada janin sehinggalah bagaimana keluar dan menjalani kehidupan, nescaya ketara kepada kita kekuasaan dan rahmat Allah. Ianya tidak memberikan sebarang syak dan sangkaan kepada mereka yang ragu-ragu dalam keimanan terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Alam haiwan yang amat luas, terdapat yang jinak dan yang ganas. Jenis, bentuk, saiz, warna, tabiat, umur, makanan, penyusunan organ dalaman dan fungsinya; adalah berbeza-beza antara satu jenis dengan yang lain. Janin sentiasa mengalami perkembangan dalam jangka masa tertentu. Susu yang keluar di antara hampas makanan dan darah, amat sesuai untuk mengenyangkan anak yang baru lahir. Para ahli sains masih lagi mendapati penemuan baru pada setiap hari. Semuanya mengukuhkan lagi kekuasaan Allah di dalam penciptaan dan kebijaksanaanNya yang tidak terhingga, bagi sesiapa yang mempunyai hati atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.

Di alam lautan yang luas, terkandung di dalamnya pelbagai keajaiban walaupun penemuan yang dibuat masih lagi sedikit, lantaran kekurangan peralatan moden yang dapat digunakan untuk menyelam ke dasar lautan dengan aman dan selamat. Telah dikatakan bahawa apa yang terdapat di dalam lautan adalah lebih banyak daripada apa yang ada di atas daratan, dari segi jenis dan bilangan. Jika kita perhatikan pada satu aspek, lautan telah menyebabkan udara menjadi nyaman. Air lautan pula menjadi wap yang membentuk awan. Kemudian ia menurunkan hujan di berbagai-bagai tempat. Jika sekiranya tidak wujud gunung-gunung nescaya tiadalah aliran sungai-sungai.

Ini pula, lapisan udara yang meliputi bumi. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menempatkan di dalamnya berbagai-bagai jenis gas dengan kadar yang tertentu. Dengan itu, keadaan di muka bumi ini sesuai untuk ciptaan yang hidup dan tumbuhan menjalani kehidupan. Seterusnya, bagaimanakah perubahan cuaca berlaku, apakah kesan kepanasan matahari, perbezaan tekanan udara, kesan tiupan angin, kepulan awan dan penurunan hujan. Ahli kaji cuaca masih lagi membuat penemuan yang baru berkaitan perkara yang amat rumit dan hebat ini.

Tidakkah engkau melihat bahawasanya Allah mengarahkan awan bergerak perlahan-lahan, kemudian Dia mengumpulkan kelompok-kelompoknya, kemudian Dia menjadikannya tebal berlapis-lapis? Selepas itu engkau melihat hujan turun dari celah-celahnya. Dan Allah pula menurunkan hujan batu dari langit, dari gunung-ganang (awan) yang ada padanya; lalu la menimpakan hujan batu itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menjauhkannya dari sesiapa yang dikehendakiNya. Sinaran kilat yang terpancar dari awan yang demikian keadaannya, hampir-hampir menyambar dan menghilangkan pandangan. Allah menukarkan malam dan siang silih berganti; sesungguhnya yang demikian mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang celik mata hatinya berfikir.
(Surah An-Nur:Ayat 43-44)

Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum? Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya? Kalau Kami kehendaki, Kami akan mjadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.
(Surah Al-Waqi’ah: Ayat 68-70)

Seterusnya, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?
(Surah Az-Zariyat: Ayat 21)

Kita perhatikan pula bagaimana kejadian diri kita sendiri. Terdapat berbagai-bagai jenis organ yang berbeza-beza seperti yang berkaitan dengan pencernaan, pernafasan, saraf, air kencing dan lain-lain lagi. Sememangnya kita tidak berupaya menyingkap semua kekuasaan dan kebesaran Allah di dalam penciptaan yang amat halus.

Perbuatan Allah yang telah membuat tiap-tiap sesuatu dengan serapi-rapi dan sebaik-baiknya
(Surah Al-Naml: Ayat 88)

Rahmat dan kekuasaan Allah Subhanahu wa Ta’ala juga ternyata melalui perkembangan janin. Allah telah menjaga dan memeliharanya. ‘Aqal manusia pula bagaimanakah ia digunakan dan berfikir. Bagaimana ingatannya boleh menyimpan dan mengeluarkan pelbagai maklumat. Ini hanyalah sebahagian kecil daripada selainnya yang lebih banyak lagi. Umumnya, pada setiap kajian dan teori tertera sifat kesempurnaan Allah Subhanahu wa Ta’ala. Apa yang manusia temui di alam semesta masih lagi sedikit berbanding apa yang mereka belum ketahui:
Dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja.
(Surah Al-Isra’: Ayat 85)

Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia lah sahaja; dan la mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan la mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Luh Mahfuz) yang terang nyata.
(Surah Al-An’am: Ayat 59)

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Qur’an adalah benar
(Surah Fussilat: Ayat 53)

Kita amat memerlukan kepada ikatan ilmu dengan Maha Pencipta:
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu
(Surah Al-’Alaq: Ayat 1)

‘Ilmulah yang mendorong keimanan. Demikian juga bertafakkur mengenai tanda kekuasaan Allah dan ciptaan Allah menghasilkan ma’rifah kepada Allah dan penambahan iman serta membesarkan dan menyucikanNya. Sekadar mana tautan hati kepada Allah sekadar itulah – insya’Allah – kedudukan kita di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kita hendaklah mengetahui bahawa sesiapapun tidak akan terdaya untuk meletakkan kadar yang sebenar terhadap Allah. Benarlah, Maha Suci Allah yang mengetahui kadar yang selain-Nya. Sekadar mana sekalipun kita mengambarkan sifat Allah, ianya tidak akan sampai kepada hakikat sifatNya yang hakiki.


adapted from http://dakwah.info

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis

1. BAGAIMANA MENDEFINASIKAN ISTILAH ‘DITAHAN’? HANYA APABILA …
a. Polis berkata kepada anda, “Anda ditahan”
b. Polis menggari tangan anda
c. Anda dilarang dari meninggalkan sesebuah bilik, kawasan atau sebagainya oleh pihak polis


2. BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA DITAHAN OLEH PIHAK POLIS (semasa berjalan, memandu pulang dsb.)
a. Anda mungkin akan disoal. HANYA berikan butir-butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat. Anda juga mungkin akan diminta menunjukkan kad pengenalan diri anda
b. Anda tidak perlu menjawap lain-lain soalan
c. Biasakan bertanya pengenalan diri polis yang berkenaan. Sentiasa catatkan nama dan nombor kad pengenalan mereka.
d. Catatkan nombor kenderaan ronda mereka


3. JIKA ANDA DITANYA LAIN-LAIN SOALAN
a. Tanya kepada polis berkenaan, “Adakah saya ditahan?”
b. Sekiranya mereka berkata “Ya”, jangan menjawap apa-apa lagi soalan yang diajukan kepada anda. Adalah menjadi hak anda untuk menjawap apabila berada di mahkamah sahaja.
c. Sekiranya mereka berkata “Tidak”, anda boleh beredar pada bila-bila masa sahaja.


4. JIKA ANDA DITAHAN

a. Beritahu orang-orang yang berhampiran dengan anda
b. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, telefon rakan, keluarga atau peguam anda. Sekiranya anda ditahan di kawasan diantara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka, besar kemungkinan anda akan dibawa ke balai polis Dang Wangi (Stadium) dan balai polis Campbell. Minta kawan anda, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis Dang Wangi dahulu untuk mengesahkan penangkapan anda dan dimana anda berada.
c. Catatkan / ingatkan waktu anda ditahan

5. KETIKA DITAHAN, PIHAK POLIS MESTI MEMBERITAHU ANDA

a. Mengapa anda ditahan

6. SELEPAS DITAHAN

a. Pihak polis hanya boleh menahan anda didalam lokap selama 24 jam sahaja, tidak kira samada pada hari cuti am atau pada hujung minggu. Ini adalah hak PERLEMBAGAAN anda. Selepas tempoh masa 24 jam berakhir, pihak polis mesti membawa anda ke hadapan majistret untuk direman (dimana anda mesti tinggal di lokap polis bagi ‘membantu’ siasatan mereka). Jika tidak, anda akan dilepaskan samada atas jaminan (jamin mulut) atau akan didakwa di mahkamah. Sebaik sahaja didakwa, anda perlukan penjamin dan wang jaminan kecuali ianya bukan dakwaan yang berjamin

b. Anda tidak boleh membawa sebarangan barang-barang ke lokap kecuali pakaian yang sedang anda pakai ketika itu. Apabila pihak polis mengambil barang-barang anda, anda mesti menurunkan tandatangan untuknya. Sekiranya anda mempunyai wang atau kad bank / kredit, pastikan anda mengira duit anda dan pastikan polis tersebut mencatatkan jumlah yang anda ada, dan apa kad bank / kredit yang anda miliki.

c. Anda mungkin diminta memberi kenyataan 113 (kenyataan peringatan). Pegawai polis yang mengambil kenyataan tersebut mestilah membacakan hak-hak anda

7. SOAL SIASAT POLIS

a. Berhati-hatilah semasa menjawap soalan-soalan yang diajukan oleh pihak polis. Ia mungkin dalam bentuk soalan-soalan mesra yang biasa seperti cuaca, keluarga anda dsb. untuk menenangkan anda. fikir berulang kali sebelum menjawap kerana ia boleh digunakan untuk menentang anda semasa dimahkamah nanti. Ingat, kerja polis ialah memastikan mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwa anda, dan bukannya untuk mempunyai perbualan yang mesra.

b. Sekiranya pihak polis meminta anda memberikan kenyataan 113, anda mesti memberikan butir-butiran anda seperti nama anda, nombor kad pengenalan dsb. dan pastikan anda tahu nama pegawai polis tersebut. Jika terdapat lain-lain soalan, kami BETUL-BETUL nasihatkan anda supaya tidak menjawapnya sehingga hari perbicaraan anda dimahkamah, dan ketika bersama-sama dengan peguam anda. Itu adalah hak anda! Apa sahaja yang anda kata, boleh digunakan untuk menentang anda ataupun rakan-rakan anda. Anda boleh menjawap semua soalan-soalan lain tersebut seperti ini:

S: adakah anda berada di Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: bagaimana anda datang ke Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: adakah ibu anda menyediakan bekalan sebelum anda keluar?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah

c. Sekiranya pegawai polis yang mengambil kenyataan anda mengancam anda secara percakapan mahupun kelakuan, anda mestilah berhenti dari memberikan kenyataan anda dengan segera. Bertenang dan beritahunya “Saya tidak boleh meneruskan kenyataan saya kerana awak telah mengancam keselamatan saya. Saya mahu ini dicatatkan kedalam kenyataan saya.” Sekiranya pegawai polis itu tidak mencatatkan bantahan anda tersebut, tunggu sehingga ke akhir kenyataan anda. Tetapi sekiranya pegawai polis tersebut masih terus mengancam anda, tinggalkan bilik tersebut dan beritahu pegawai polis yang lain dan minta ‘perlindungan’ mereka.

d. Apabila anda telah habis menjawap soalan, pegawai polis akan membenarkan anda membaca kenyataan anda tersebut. Dia akan bertanya samada anda mempunyai apa-apa yang ingin ditambah, ditukar atau dipadamkan. Inilah masanya anda membetulkan apa-apa kesilapan atau atau menambah lain-lain komen didalam kenyataan itu. Contohnya, jika anda telah diancam sewaktu soal siasat atau diserang semasa penahanan anda dsb. ini adalah satu lagi peluang untuk anda menyatakannya. Pegawai polis berkenaan mesti menaip semua itu. Anda akan diminta untuk menandatangani kenyataan anda tersebut. Baca semula dengan teliti dan tandatangan sedekat yang boleh dibawah perenggan yang terakhir, supaya tiada siapa yang boleh menokoktambahnya lagi.

8. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Direman)

a. Sekiranya anda tidak mempunyai peguam, anda mesti meminta wakil peguam. Pusat Bantuan Guaman ada menempatkan peguam-peguamnya dimahkamah bagi tujuan ini.

b. Beritahu majistret sekiranya anda ada mempunyai apa-apa rungutan seperti sekiranya anda di pukul, diancam; sekiranya anda sakit, perlukan rawatan perubatan dsb.

9. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Dakwaan)

a. Sekali lagi, anda mesti meminta wakil peguam

b. Pastikan anda mempunyai seseorang untuk menjamin anda keluar. Sekiranya anda tidak dapat menghubungi keluarga atau rakan anda, minta kebenaran dari majistret untuk membantu anda menghubungi keluarga anda. Jika tidak, anda boleh meminta bantuan peguam anda. Keluarga anda akan perlu membawa duit untuk menjamin anda keluar, yang mana mestilah dalam bentuk pembukaan akaun di bank yang terletak paling dekat dengan mahkamah tersebut. Tanya peguam anda atau majistret dimanakah letaknya bank tersebut. Tidak ada bentuk bayaran lain seperti bayaran tunai atau cek yang akan diterima oleh mahkamah.

10. SEKIRANYA ANDA DIPUKUL SEMASA DALAM TAHANAN

a. Selepas anda dibebaskan atas jaminan, pastikan anda pergi ke mana-mana klinik kerajaan atau hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pastikan anda tahu nama doktor yang bertugas dan nombor rujukan laporan kesihatan anda supaya ia boleh digunakan dimahkamah kemudian.

b. Sekiranya anda masih dalam reman, pastikan anda memberitahu majistret yang berkenaan bahawa anda perlu pergi ke hospital atau ke klinik.

Oleh SUARAM.

Saturday, January 8, 2011

6 of the World’s Biggest Vehicles on Air, Land & Water

You can only make a plane so big if you still want it to fly, or a vehicle so gigantic before it starts wrecking the land it travels across. Ships, too, face similar challenges the larger they get. We’ve found six gigantic examples that straddle the line between engineering marvel and disaster, representing the biggest vehicles on the planet today.

1. Antonov An-225 Mriya

World’s biggest what? Fixed-wing aircraft.
Built by: Antonov Design Bureau of Soviet Russia.
The An-225′s massive 290-foot wingspan makes it the largest plane flying today, and its cargo hold is so big that the entirety of the Wright brothers’ historic first flight could have taken place inside the Mriya. The craft can carry a space shuttle on its back, and it transports all manner of heavy loads, including train engines, 150-ton generators for power plants and 130-foot-long wind-turbine blades.
Video:
Here’s a pretty sweet Discovery Channel spot on the Mriya


2. Airbus A380

World’s biggest what? Passenger airliner.
Built by: Airbus
The A380 started flying commercially in 2007, and is considered a “superjumbo” jet as it’s quite a bit larger than its “jumbo” brethren, such as the 747-400. In fact, the A380′s interior is 1.5 times as large as a 747′s, with over 5,000 square feet of floor space that accommodates anywhere between from 525 to over 800 passengers, depending on the seat layout. There are less than 50 A380s in the world today, but in the next few years there could be well over 200 thanks to the demand from airlines, which will make it less of specialty aircraft and more of a workhorse.

3. Knock Nevis Supertanker

World’s biggest what? Longest ship ever built.
Built by: Sumitomo Heavy Industries of Japan.
To really get a sense of the size of the Knock Nevis, picture this: at over 1,500 feet in length, it’s longer than the Empire State Building is tall. The Nevis has been cruising the seas since 1979 under several different names, and it was actually sunk in the ’80s during the Iran-Iraq War, but the wreckage was bought, floated and rebuilt. In terms of pure tonnage, there’s a ship heavier — France’s Batillus-class supertankers — but none longer. The Nevis is going to be scrapped this year, so consider this a send-off.


4. MS Oasis of the Seas

World’s biggest what? Largest, longest passenger ship.
Built by: STX Europe of Finland.
The Oasis of the Seas, currently the only Oasis-class passenger ship in the world, proved just how big it was when it set a 6,000-passenger record. The ship boasts some crazy luxuries, including but not limited to two-story suites, a minigolf course and indoor zip-line, multiple pools, night clubs, bars and stores, and even the world’s first “living park at sea” with over 12,000 plants and dozens of trees on board. It will be joined by a second Oasis-class vessel later this year.

5. Bagger 288 Bucket-Wheel Excavator

World’s biggest what? Largest tracked vehicle (externally powered).
Built by: Krupp of Germany.
Over 700 feet long and 300 feet high, the Bagger 288 was built in 1978 to work Germany’s coal mines, and is actually part of a family of similar colossi. For the most part, the Bagger stays where it is: it moves at a literal crawl at 30 feet a minute at most, and requires an external generator cranking out nearly 17 megawatts just to operate. It really does test the limits of just how big a vehicle can be, yet its massive, 12-foot-wide tracks apply pressure over a wide enough area that it doesn’t tear up the ground as much as you’d think.


6. NASA Crawler-Transporter

World’s biggest what? Self-powered tracked vehicle.
Built by: Marion Power Shovel of America.
There are two crawler-transporters used by NASA, and today they carry space shuttles — boosters and all — along with each shuttle’s Mobile Launcher Platform into position. While not as large as the Bagger 288 above, the crawlers are the largest self-powered vehicles in the world, and can manage two miles per hour (compared to the Bagger’s 30-some feet a minute) when unloaded.



adapted from tmn2 syurga group.

Hukum Berkaitan Telur Binatang

Al-Imam Jamaluddin Muhammad bin Abd Rahman al-Ahdal rahimahullah (1277H- 1352H) menyebutkan di dalam kitabnya عمدة المفتي و المستفتي mukasurat 31 bahawa al-Imam Ibn Hajar al-Haitami rahimahullah telah menyebutkan di dalam kitabnya تحفة المحتاج berkenaan telur segala jenis binatang (sama ada binatang tersebut jenis yang halal dimakan atau tidak) adalah halal dimakan.

Tetapi jika telur tersebut beracun seperti telur ular maka hukumnya adalah haram dimakan kerana bahaya yang terdapat padanya.Ini seperti yang disebutkan oleh al-Imam Qalyubi rahimahullah.

Manakala permasalahan berkaitan telur ayam pula terdapat perbahasan yang terperinci dilakukan oleh al-Imam Nawawi rahimahullah (631H-676H) di dalam kitab Majmu’.

TELUR YANG TERDAPAT DALAM PERUT AYAM YANG TELAH MATI

Terdapat tiga pendapat para ulama bermazhab Syafie di dalam perkara ini:

1. Jika telur itu telah keras kulitnya di dalam perut ayam tersebut maka hukumnya adalah suci.Manakala jika ianya masih lembut @ lembik maka hukumnya adalah najis.Ini adalah pendapat yang dipegang oleh Jumhur ulama bermazhab Syafie seperti al-Imam Mawardi,al-Imam Ruwiyani ,al-Imam al-Syashi, al-Imam Syirazi, al-Imam Nawawi dan lain-lain rahimahumullah.

2. Pendapat kedua mengatakan bahawa apa sahaja keadaan telur tersebut maka ianya tetap dihukumkan bersih.

3. Pendapat ketiga mengatakan bahawa apa sahaja keadaan telur tersebut maka ianya tetap dihukumkan najis.

Menurut al-Imam Nawawi rahimahullah, kulit telur ayam tersebut (yang telah mati itu) dihukumkan najis tanpa sebarang perselisihan pendapat di kalangan para ulama. Ini bermakna kita perlu membasuhnya terlebih dahulu sebelum memakan telur yang diambil daripada perut ayam yang telah mati.



Manakala telur ayam yang keluar daripada ayam yang masih hidup ,adakah kulit telur tersebut dikira najis?


Menurut al-Imam Nawawi rahimahullah,terdapat dua pendapat di kalangan para ulama bermazhab Syafie di dalam masalah ini.

Pendapat pertama menyebutkan bahawa ianya adalah najis dan pendapat kedua menyebutkan bahawa ianya adalah suci.

Jika kita berpegang dengan pendapat yang pertama di dalam masalah ini ,maka kulit telur tersebut perlu dibasuh terlebih dahulu. Manakala jika kita berpegang dengan pendapat yang kedua ,tidaklah perlu untuk kita membasuhnya.

Perlu diingat, ini adalah jika tiada sebarang najis yang kita nampak pada kulit telur tersebut (maka kita boleh mengikut mana-mana sahaja pendapat yang telah kita senaraikan sebelum ini). Tetapi jika terdapat najis pada kulit telur tersebut , maka ianya perlu dibasuh terlebih dahulu , kerana kita bimbang akan termasuk sedikit najis tersebut ke dalam telur yang kita ingin masak.

Sikap berjaga-jaga amatlah dituntut di dalam masalah ini.

Semoga semua sidang pembaca dapat mengamalkan dengan baik.

Rujukan:

1. Al-Majmu’ Syarah Muhazzab oleh al-Imam Abu Zakaria Muhyiddin al-Nawawi jilid 1 mukasurat 132 cetakan Darul A’lam al-Kutub.

2. Umdatul Mufti wal Mustafti oleh al-Imam Jamaluddin Muhammad bin Abd Rahman al-Ahdal jilid 1 cetakan Darul Hawi.




sumber : halaqah