Saturday, December 31, 2011

Sunday, December 25, 2011

Kembara: Impian Anak Jalanan





Kau mampu patahkan sayapku
Kau mampu tambatkan kedua kakiku
Tapi kau tak akan dapat
Mematahkan semangatku untuk hidup

Lampu neon di gedung indah
Hanya pemikat mata yang tergoda
Tapi aku kan tetap berjalan
Menuju tujuanku di sana

Berdendang anak jalanan
Berdendang dengan rentak kehidupan
Ku mohon perlindunganMu yang Esa

Aku dan mereka sama
Punya hati dan punya cita-cita
Kota ini tempat ku belajar erti hidup

Ku tinggalkan kampung halaman
Ku tinggalkan semua yang ku sayang
Demi masa depan yang cemerlang
Semoga aku diberi pedoman

Wednesday, December 21, 2011

Wasiat buat Penuntut Ilmu

Menurut Imam al-Kafihiy dalam kitabnya al-Taisir Fi Qawa'id ilm al-Tafsir, guru dan penuntut ilmu hendaklah menghiaskan diri dengan sifat berikut:

  • Ikhlas kerana Allah
  • Bersabar atas kesusahan
  • Bersungguh-sungguh dalam kegiatan keilmuan yang dilalui
  • Memelihara diri daripada perkara-perkara yang haram
  • Mengamalkan prinsip 'al-amru bil ma'ruf wan nahyu 'anil mungkar
  • Bergaul dengan golongan yang beriman dan menjauhi golongan yang fasik
  • Membulatkan hati terhadap usaha menuntut dan menyampaikan ilmu
  • Mengutamakan waktu pagi untuk mendapat keberkatan yang didoakan oleh Nabi s.a.w yang bermaksud: 
"Ya Allah, berkatilah umatku pada waktu pagi mereka."

Saturday, December 17, 2011

Rahsia Murah Rezeki


  • Beristighfar dan bertaubat

  • Bertaqwa kepada Allah

  • Sentiasa mengingati Allah

  • Bertawakal kepada Allah setelah berusaha

  • Beribadah kepada Allah dengan sebenar-benarnya

  • Mengerjakan haji dan umrah

  • Menjalin silaturrahim

  • Bersedekah secara istiqamah

  • Membantu penuntut ilmu

  • Membantu golongan miskin

  • Berhijrah untuk mencari pendapatan di tempat lain

  • Memperbanyakkan doa

  • Bersyukur atas nikmat

  • Bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan yang harus

  • Melibatkan diri dengan perniagaan


Siti Nor Bahyah Mahamood, Zahazan Mohamed, Mahfuzah Omar, 101 Petua Murah Rezeki & Jauhi Hutang, 2006,Telaga Biru Sdn. Bhd.

Saturday, December 10, 2011

Stress

"Stress" ditafsirkan sebagai "tekanan" atau "titik berat" (Kamus Progresif Inggeris-Melayu). Jika seseorang memberitahu kita bahawa dia mengalami "stress" bermakna dia berkemungkinan besar sedang menghadapi tekanan perasaan dan hidup.


Tekanan hidup ialah satu perkara yang biasa yang seringkali berlaku dalam kehidupan. Dalam usaha untuk meneruskan kehidupan, setiap yang hidup akan mengalami tekanan. Setiap perasaan dan setiap pekerjaan yang kita lakukan boleh mendatangkan "stress". Jadi kita seharusnya menghadapi "stress" dengan sebetulnya. 
Salah satu cara untuk menghadapi tekanan


Antara cara yang patut diketahui ketika berdepan dengan masalah ialah:

  • Bersabar dengan segala yang menimpa.

  • Anggap masalah itu sebagai satu ujian untuk meningkatkan keimanan dan ketabahan.

  • Memikirkan hikmah masalah tersebut contohnya dapat menggugurkan dosa.

  • Mengingatkan diri bahawa setiap kesulitan, masalah dan kesempitan yang dialami membuktikan bahawa diri kita adalah kerdil sebagai hamba Allah sekaligus menyedarkan tentang keagungan dan kekuasaan Allah.

  • Membolehkan kita membezakan antara keselesaan dan kesengsaraan atau nikmat dan bala dari Allah seterusnya membolehkan kita menjiwai erti kesyukuran.

  • Mengingatkan diri bahawa ujian sebagai tanda Allah mencintai kita.

  • Mengingatkan diri bahawa masalah dan kesulitan yang dihadapi adalah lebih ringan dan lebih kecil daripada masalah yang dialami oleh orang lain.

  • Menyedari hakikat bahawa kehidupan tidak lari daripada masalah, cuma bezanya kecil atau besar masalah yang dihadapi. Sekiranya masalah kecil bolehlah diselesaikan sendiri dan sekiranya besar, cubalah dapatkan mereka yang lebih berpengalaman untuk dikongsi bersama.

Wasiat Imam Syafie:
"Perdalamkanlah segala masalah ilmu agar tidak akan menyempitkanmu."


Thursday, December 8, 2011

Kiamat Hampir Tiba?

Antara tanda-tanda Kecil Kiamat Berdasarkan Hadis:

  • Penaklukan Baitulmaqdis.
  • Zina Berleluasa.
  • Alat-alat Muzik Menjadi kebanggaan dan digilai.
  • Menghias masjid dan membanggakannya.
  • Munculnya kekejian, Memutuskan Persaudaraan dan Bersikap Buruk dengan Jiran.
  • Ramai Orang Soleh Meninggal Dunia.
  • Orang Hina mendapat kedudukan terhormat.
  • Mengucapkan salam kepada orang yang dikenali sahaja.
  • Ramai wanita berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
  • Bulan Sabit kelihatan Besar.
  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
  • Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
  • Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

Marilah kita renung sejenak sebagai panduan hidup. Ingatlah hidup kita hanya sementara sahaja di muka bumi ini. Oleh itu, isilah dengan sesuatu yang berfaedah sama ada untuk diri sendiri, keluarga, agama, bangsa mahupun negara.

Adab Berbelanja


  • Kita hendaklah mengambil kira tentang keperluan, kehendak dan kemampuan.

  • Elakkan membawa wang yang terlampau banyak kerana boleh mengakibatkan perbelanjaan kepada barang-barang yang tidak perlu seterusnya berlaku pembaziran.

  • Dapatkan pandangan dan nasihat daripada kawan atau famili atau orang yang memang mengetahui tentang barang yang ingin dibeli.

  • Pastikan status barang yang hendak dibeli itu halal pada perspektif Islam.

  • Elakkan penipuan dan penganiyaan contohnya menawarkan harga yang terlalu rendah sehingga menzalimi hak penjual.

  • Bersikap jujur dan amanah dalam setiap urusniaga yang dijalankan.

  • Utamakan urusniaga dengan orang Islam kecuali setelah tiada pilihan. 

sumber: Gen-Q

Tuesday, December 6, 2011

Perjalanan Hidup


Kita belum tiba ke penghujung perjalanan hidup. Kita masih diberikan nafas untuk berada di alam dunia. Alhamdulillah..Ingatlah matlamat hidup kita adalah untuk mencapai keredhaan Allah. Semoga kita mencapai ke penghujung perjalanan yang diredhai iaitu SYURGA. 

Monday, December 5, 2011

Number One For Me



LYRICS


I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I'm here for you


For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it's time for you to rise
For all the things you sacrificed

Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you


Mom I'm all grown up now
I'ts a brand new day
I'd like to put a smile on your face everyday


Mom I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face everyday


You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me


Now I finally understand
That famous line
About the day I'd face in time
Coz now I have a child of mine


Even though I was so bad
I've learnt so much from you
Now I'm trying to do it too
Love my kids the way you do


Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you


Mom I'm all grown up now
I'ts a brand new day
I'd like to put a smile on your face everyday


Mom I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face everyday


You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
You know you are the number one for me
Oh oh
number one for me


There is no one in this world
That can take your place
Oooh I'm sorry for ever taken you for granted


I will use every chance I get
To make you smile
Whenever I'm around you


Now I will to try to love you
Like you love me
Only God knows how much you mean to me


Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you
Oooh
If I could turn back time rewind
If I could make it undone I swear that I would
I would make it up to you


Mom I'm all grown up now
I'ts a brand new day
I'd like to put a smile on your face everyday


Mom I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face everyday

The number one for me
The number one for me
The number one for me
Oh oh
number one for me

Saturday, December 3, 2011

Ilmu

Alhamdulillah syukur pada Allah dengan memberiku nikmat sihat yang masih amat aku perlukan walaupun sekarang ini adalah masa genting untuk menyiapkan tesis ini. Semoga dugaan dan halangan dalam menyiapkan tesis ini hanyalah sebahagian dari ujian Allah untuk diri ini menjadi insan yang lebih baik dan lebih berilmu. Ikhlaskan diri dalam membuat amal dan belajarlah untuk bersabar dengan setiap halangan yang muncul. Niat untuk menuntut ilmu akan digandakan pahala oleh Allah. Orang yang berilmu juga akan ditingkatkan darjatnya berbanding orang yang tidak berilmu. Carilah ilmu dan pastikan ilmu itu adalah bermanfaat supaya kita akan gunakan ilmu ini untuk mengajar orang lain dan pahala akan kita jadikan bekalan di hari akhirat kelak. Ingatlah setiap amalan yang dilakukan adalah ibadat sekiranya kita lakukan kerana Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:


”Jadikanlah dirimu orang alim (berilmu) atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajaran atau orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut) dan janganlah engkau menjadi dari golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa.”
(Riwayat al-Bazzar)
Selamat berusaha..


Semoga ilmu yang diperoleh di menara gading adalah ilmu yang bermanfaat


~Tingkatkan amal.

Thursday, December 1, 2011

Formula

Study 
Rajin 
+
Doa 
Tawakal 
Manuscript 
Thesis
Viva 
Graduate

Abdullah Zikri Taraqallah

Abdullah Zikri: a pious (soleh) boy..insyaAllah



He can recite doa very well and perform solat every time..Alhamdulliah..