Tuesday, January 3, 2012

Azam

Setiap kali tahun baru kita akan berazam untuk mencapai satu-satu target. Tidak salah untuk berazam selagi ia tidak bercanggah dengan Islam. Kalau azam untuk ada 'couple' dan 'dating' lepas tu duduk berdua-duaan dan......? haaa alamak! azam apa ni? Ini contoh azam yang ditegah oleh Islam. Bukankah Islam sudah melarang " Jangan kamu dekati zina". Ni kena nyanyi lagu Ana Rafali..Kalau berpacaran.. hehehe..Tapi cuba kita betulkan azam ni..Aku nak ade couple yang halal dengan berkahwin..Haa..InsyaAllah azam jadi lebih baik sebab kahwin adalah sunnah Rasullullah s.a.w. Tapi sebelum jadi couple yang halal (tunang), kena lah jaga batas-batas pergaulan..ye tak?

Namun kalau setiap tahun berazam tetapi tidak berusaha untuk mencapai azam tersebut, ini la yang membuatkan ummat Islam tidak cemerlang.Kita mestilah memastikan hari ini adalah lebih baik dari semalam dan hari esok adalah lebih baik dari hari ini. Azam sekadar ikut-ikutan sebab orang ada azam..so aku pun kenalah ada azam jugak...ish ish ni amalan ikut-ikutan ni bahaya sikit..kalau kita ikut jalan yang lurus ok la..tak tersasar..kalau jalan yang bengkok..ditambah berlubang-lubang..jawabnya masuk lubang sekali la..so nanti member tanya, apa azam kau tahun ni? Jawablah nak capai apa yang diazam sebelum ni...hmm bagus jugak ni..

Sebenarnya azam ni membuatkan kita lagi semangat untuk melakukan sesuatu..sebab kita sudah ada target..Macam nak memanah, kalau tiada target apa yang jadi? Main panah je la..Macam tu la jugak azam..jadikan azam ni satu target..InsyaAllah kita akan capai target itu. Hidup kita mestilah ada matlamat. So matlamat utama kita selepas lahir je ialah akhirat. Jadi setiap tahun kenalah renew azam ke arah akhirat jugak..

Bagaimana?

Islam sentiasa menyuruh ummatnya untuk menjadi ummat yang cemerlang. Beribadahlah kamu seperti kamu akan mati esok hari dan bekerjalah kamu seperti kamu hidup selama-lamanya. Kita beribadah untuk akhirat dan kita juga bekerja sebagai satu ibadah yang pastinya untuk akhirat.Pastikan setiap azam yang kita buat hendaklah selari dengan akhirat. Macamane? Niatkan kerana Allah untuk setiap azam tersebut. Niat yang baik dalam Islam sudah diberi pahala dan apabila kita melakukan hajat tersebut, InsyaAllah bertambah lagi pahala. Namun niat yang tidak baik, hanya akan dapat dosa jika kita melakukan niat tersebut. Oh indahnya Islam! senang je nak dapat pahala.

Pastikan setiap usaha yang dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut sentiasa selari dengan Islam. Maknanya tidak bercanggah mana-mana hukum dalam Islam. Niat tidak menghalalkan cara..Ingat tu..