Tuesday, April 10, 2012

Ujian

Ujian Allah itu datang pelbagai cara dan pelbagai bentuk kepada pelbagai orang. Setiap orang akan mengalami ujian dari Allah. Tidak kira ia manusia, hayawan atau tumbuhan. Yang penting ia adalah makhluk ciptaan Allah. Haiwan pun ada ujian dalam hidup mahupun tumbuhan. Contoh ujian bagi haiwan adalah persaingan untuk mendapatkan makanan, pasangan dan sebagainya. Pelbagai cara dan bentuk ujian Allah kepada makhluk-Nya. Sama ada susah atau senang, itu bergantung kepada Allah. Allah Maha Mengetahui segalanya.

Bagi kita Muslim, ujian Allah ini merupakan satu cara Allah untuk menguji keimanan seseorang. Allah berfirman yang bermaksud, jangan kamu katakan kamu beriman selagi kamu belum diuji. Ujian ini juga bergantung kepada tahap keimanan kita. Para nabi dalam menyebarkan dakwah islamiah, bayangkan betapa besar ujian yang harus dilalui untuk menyampaikan mesej dakwah.

Semoga kita sama-sama berjaya menempuh setiap ujian yang datang dengan baik..

Amin..