Saturday, December 31, 2011

Sunday, December 25, 2011

Kembara: Impian Anak Jalanan





Kau mampu patahkan sayapku
Kau mampu tambatkan kedua kakiku
Tapi kau tak akan dapat
Mematahkan semangatku untuk hidup

Lampu neon di gedung indah
Hanya pemikat mata yang tergoda
Tapi aku kan tetap berjalan
Menuju tujuanku di sana

Berdendang anak jalanan
Berdendang dengan rentak kehidupan
Ku mohon perlindunganMu yang Esa

Aku dan mereka sama
Punya hati dan punya cita-cita
Kota ini tempat ku belajar erti hidup

Ku tinggalkan kampung halaman
Ku tinggalkan semua yang ku sayang
Demi masa depan yang cemerlang
Semoga aku diberi pedoman

Wednesday, December 21, 2011

Wasiat buat Penuntut Ilmu

Menurut Imam al-Kafihiy dalam kitabnya al-Taisir Fi Qawa'id ilm al-Tafsir, guru dan penuntut ilmu hendaklah menghiaskan diri dengan sifat berikut:

  • Ikhlas kerana Allah
  • Bersabar atas kesusahan
  • Bersungguh-sungguh dalam kegiatan keilmuan yang dilalui
  • Memelihara diri daripada perkara-perkara yang haram
  • Mengamalkan prinsip 'al-amru bil ma'ruf wan nahyu 'anil mungkar
  • Bergaul dengan golongan yang beriman dan menjauhi golongan yang fasik
  • Membulatkan hati terhadap usaha menuntut dan menyampaikan ilmu
  • Mengutamakan waktu pagi untuk mendapat keberkatan yang didoakan oleh Nabi s.a.w yang bermaksud: 
"Ya Allah, berkatilah umatku pada waktu pagi mereka."

Saturday, December 17, 2011

Rahsia Murah Rezeki


  • Beristighfar dan bertaubat

  • Bertaqwa kepada Allah

  • Sentiasa mengingati Allah

  • Bertawakal kepada Allah setelah berusaha

  • Beribadah kepada Allah dengan sebenar-benarnya

  • Mengerjakan haji dan umrah

  • Menjalin silaturrahim

  • Bersedekah secara istiqamah

  • Membantu penuntut ilmu

  • Membantu golongan miskin

  • Berhijrah untuk mencari pendapatan di tempat lain

  • Memperbanyakkan doa

  • Bersyukur atas nikmat

  • Bersungguh-sungguh dalam melakukan pekerjaan yang harus

  • Melibatkan diri dengan perniagaan


Siti Nor Bahyah Mahamood, Zahazan Mohamed, Mahfuzah Omar, 101 Petua Murah Rezeki & Jauhi Hutang, 2006,Telaga Biru Sdn. Bhd.

Saturday, December 10, 2011

Stress

"Stress" ditafsirkan sebagai "tekanan" atau "titik berat" (Kamus Progresif Inggeris-Melayu). Jika seseorang memberitahu kita bahawa dia mengalami "stress" bermakna dia berkemungkinan besar sedang menghadapi tekanan perasaan dan hidup.


Tekanan hidup ialah satu perkara yang biasa yang seringkali berlaku dalam kehidupan. Dalam usaha untuk meneruskan kehidupan, setiap yang hidup akan mengalami tekanan. Setiap perasaan dan setiap pekerjaan yang kita lakukan boleh mendatangkan "stress". Jadi kita seharusnya menghadapi "stress" dengan sebetulnya. 
Salah satu cara untuk menghadapi tekanan


Antara cara yang patut diketahui ketika berdepan dengan masalah ialah:

  • Bersabar dengan segala yang menimpa.

  • Anggap masalah itu sebagai satu ujian untuk meningkatkan keimanan dan ketabahan.

  • Memikirkan hikmah masalah tersebut contohnya dapat menggugurkan dosa.

  • Mengingatkan diri bahawa setiap kesulitan, masalah dan kesempitan yang dialami membuktikan bahawa diri kita adalah kerdil sebagai hamba Allah sekaligus menyedarkan tentang keagungan dan kekuasaan Allah.

  • Membolehkan kita membezakan antara keselesaan dan kesengsaraan atau nikmat dan bala dari Allah seterusnya membolehkan kita menjiwai erti kesyukuran.

  • Mengingatkan diri bahawa ujian sebagai tanda Allah mencintai kita.

  • Mengingatkan diri bahawa masalah dan kesulitan yang dihadapi adalah lebih ringan dan lebih kecil daripada masalah yang dialami oleh orang lain.

  • Menyedari hakikat bahawa kehidupan tidak lari daripada masalah, cuma bezanya kecil atau besar masalah yang dihadapi. Sekiranya masalah kecil bolehlah diselesaikan sendiri dan sekiranya besar, cubalah dapatkan mereka yang lebih berpengalaman untuk dikongsi bersama.

Wasiat Imam Syafie:
"Perdalamkanlah segala masalah ilmu agar tidak akan menyempitkanmu."


Thursday, December 8, 2011

Kiamat Hampir Tiba?

Antara tanda-tanda Kecil Kiamat Berdasarkan Hadis:

  • Penaklukan Baitulmaqdis.
  • Zina Berleluasa.
  • Alat-alat Muzik Menjadi kebanggaan dan digilai.
  • Menghias masjid dan membanggakannya.
  • Munculnya kekejian, Memutuskan Persaudaraan dan Bersikap Buruk dengan Jiran.
  • Ramai Orang Soleh Meninggal Dunia.
  • Orang Hina mendapat kedudukan terhormat.
  • Mengucapkan salam kepada orang yang dikenali sahaja.
  • Ramai wanita berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
  • Bulan Sabit kelihatan Besar.
  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
  • Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
  • Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.

Marilah kita renung sejenak sebagai panduan hidup. Ingatlah hidup kita hanya sementara sahaja di muka bumi ini. Oleh itu, isilah dengan sesuatu yang berfaedah sama ada untuk diri sendiri, keluarga, agama, bangsa mahupun negara.