Saturday, January 8, 2011

Hukum Berkaitan Telur Binatang

Al-Imam Jamaluddin Muhammad bin Abd Rahman al-Ahdal rahimahullah (1277H- 1352H) menyebutkan di dalam kitabnya عمدة المفتي و المستفتي mukasurat 31 bahawa al-Imam Ibn Hajar al-Haitami rahimahullah telah menyebutkan di dalam kitabnya تحفة المحتاج berkenaan telur segala jenis binatang (sama ada binatang tersebut jenis yang halal dimakan atau tidak) adalah halal dimakan.

Tetapi jika telur tersebut beracun seperti telur ular maka hukumnya adalah haram dimakan kerana bahaya yang terdapat padanya.Ini seperti yang disebutkan oleh al-Imam Qalyubi rahimahullah.

Manakala permasalahan berkaitan telur ayam pula terdapat perbahasan yang terperinci dilakukan oleh al-Imam Nawawi rahimahullah (631H-676H) di dalam kitab Majmu’.

TELUR YANG TERDAPAT DALAM PERUT AYAM YANG TELAH MATI

Terdapat tiga pendapat para ulama bermazhab Syafie di dalam perkara ini:

1. Jika telur itu telah keras kulitnya di dalam perut ayam tersebut maka hukumnya adalah suci.Manakala jika ianya masih lembut @ lembik maka hukumnya adalah najis.Ini adalah pendapat yang dipegang oleh Jumhur ulama bermazhab Syafie seperti al-Imam Mawardi,al-Imam Ruwiyani ,al-Imam al-Syashi, al-Imam Syirazi, al-Imam Nawawi dan lain-lain rahimahumullah.

2. Pendapat kedua mengatakan bahawa apa sahaja keadaan telur tersebut maka ianya tetap dihukumkan bersih.

3. Pendapat ketiga mengatakan bahawa apa sahaja keadaan telur tersebut maka ianya tetap dihukumkan najis.

Menurut al-Imam Nawawi rahimahullah, kulit telur ayam tersebut (yang telah mati itu) dihukumkan najis tanpa sebarang perselisihan pendapat di kalangan para ulama. Ini bermakna kita perlu membasuhnya terlebih dahulu sebelum memakan telur yang diambil daripada perut ayam yang telah mati.



Manakala telur ayam yang keluar daripada ayam yang masih hidup ,adakah kulit telur tersebut dikira najis?


Menurut al-Imam Nawawi rahimahullah,terdapat dua pendapat di kalangan para ulama bermazhab Syafie di dalam masalah ini.

Pendapat pertama menyebutkan bahawa ianya adalah najis dan pendapat kedua menyebutkan bahawa ianya adalah suci.

Jika kita berpegang dengan pendapat yang pertama di dalam masalah ini ,maka kulit telur tersebut perlu dibasuh terlebih dahulu. Manakala jika kita berpegang dengan pendapat yang kedua ,tidaklah perlu untuk kita membasuhnya.

Perlu diingat, ini adalah jika tiada sebarang najis yang kita nampak pada kulit telur tersebut (maka kita boleh mengikut mana-mana sahaja pendapat yang telah kita senaraikan sebelum ini). Tetapi jika terdapat najis pada kulit telur tersebut , maka ianya perlu dibasuh terlebih dahulu , kerana kita bimbang akan termasuk sedikit najis tersebut ke dalam telur yang kita ingin masak.

Sikap berjaga-jaga amatlah dituntut di dalam masalah ini.

Semoga semua sidang pembaca dapat mengamalkan dengan baik.

Rujukan:

1. Al-Majmu’ Syarah Muhazzab oleh al-Imam Abu Zakaria Muhyiddin al-Nawawi jilid 1 mukasurat 132 cetakan Darul A’lam al-Kutub.

2. Umdatul Mufti wal Mustafti oleh al-Imam Jamaluddin Muhammad bin Abd Rahman al-Ahdal jilid 1 cetakan Darul Hawi.




sumber : halaqah

Thursday, December 2, 2010

Takkan Ustazah tu, tak tahu?

Ramai Muslimah yang menutup aurat tetapi sebenarnya tidak menutup aurat. Perkara ini kelihatannya semakin berleluasa di kalangan para ustazah yang mempunyai pendidikan agama yang bukan setakat di sekolah rendah tetapi sudah sampai ke peringkat universiti. Malah sudah juga bergelar graduan pengajian Islam. Ia adalah sesuatu yang sememangnya tidak sedap di pandang mata. Ini kerana yang sudah tahu itu seolah-olah buat-buat tidak tahu. Malah tidak keterlaluan untuk dikatakan ia adalah satu fenomena yang amat mendukacitakan.

Apabila seorang yang tahu dan faham dengan apa yang dikehendaki oleh syariat meletakkan diri umpama orang awam bagaikan satu musibah dalam institusi pembelajaran agama. Agama dicemarkan dan dirosakkan dengan pencampuran antara yang bukan agama dengan yang agama menyebabkan masyarakat Islam keliru yang mana satu agama dan yang mana satu bukan agama. Akhirnya masyarakat Islam yang seringkali cenderung beramal dengan amalan seorang agamawan itu melihat yang bukan agama itulah agama. Akibatnya timbullah kata-kata seperti ini: 'Ustazah tu pun pakai macam ni? Kalau agama kata tak boleh dan salah, kenapa dia pakai. Takkan ustazah tu tak tahu..." Sedih, bukan? Ketahuilah, semua ini berlaku dek kejahilan dan ketidakmahuan mempraktikkan ajaran agama oleh orang agama itu sendiri. [Ini baru sahaja dalam bab penutupan aurat seorang Muslimah belum lagi dalam bab-bab lain dalam hal akidah dan ibadah].





Saya tidak berniat untuk menyindir sesiapa, malah bukan juga berniat untuk mengutuk 'usaha murni' muslimah-muslimah dalam mempelbagaikan pemakaian tudung dan memperkenalkan pakaian-pakaian yang kononnya adalah 'busana Muslimah'. Cumanya saya prihatin, mungkin dalam keghairahan untuk melakukan kebaikan kita terlupa dengan kehendak asal syariat itu sendiri.
Ada kata: "Keimanan aku bukan terletak pada labuhnya tudung aku".
Ya, benar..siapalah kita untuk menilai keimanan seseorang dari sudut pemakaiannya. Memang kita tidak layak. Tetapi menutup aurat dengan sempurna dan melabuhkan tudung itu adalah SATU KEWAJIPAN yang dituntut dalam agama tidak kira kamu itu baik atau tidak. Jika kita kata kita beriman, tentu sahaja kita bertindak sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul-Nya,bukan?

Mungkin ada antara akhawat Muslimah saya yang bergelar ustazah terlupa, Allah s.w.t telah berfirman:




Maksudnya: "Wahai nabi, Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak di ganggu dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" [al-Quran, al-Ahzab:59].

Nabi s.a.w pula bersabda yang mana maksudnya:
"Dua jenis ahli neraka: (1) Orang yang mempunyai cemeti seperti ekor lembu untuk memukul manusia (2) Wanita yang berpakaian seolah-olah tidak berpakaian. Mereka condong semasa berjalan dan mencondongkan orang yang melihat. Kepala mereka seperti bonggol unta. Mereka tidak akan masuk syurga dan mencium baunya....." [H.R Muslim].


Akhawat bergelar ustazah yang saya kasihi, belajar agama menuntut kita memahami dan mempraktikkannya lebih-lebih lagi bila mana ianya WAJIB. Dalam hal-hal yang JELAS DAN TERANG seperti ini, kita tidak boleh beramal mengikut 'rasa', adakah beriman dengan al-Quran dan hadis Nabi s.a.w yang sahih itu perlu separuh-separuh? Mana yang kita suka dan mengikut selera kita, kita laksanakan. Manakala mana yang kita tidak sukai dan tidak menepati citarasa kita [dan peredaran zaman], kita tinggalkan?

Dalam hal ini, saya tidak perlu berbual panjang lebar dan berjela-jela. Cukuplah penulisan ringkas ini sekadar mengetuk minda kita yang terlupa barangkali agar tersedar supaya perkara ini dilihat semula berdasarkan tuntutan syariat. Suka untuk saya katakana bahawa aurat perlu ditutup sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah dan Rasul-Nya bukan sebagaimana yang dikehendaki oleh peredaran zaman dan trend yang melanda dunia fesyen. Moga perkara ini dapat kita muhasabahkan bukan sahaja untuk diri yang sedang membaca tetapi diri saya juga.
Wallahu'alam.

adapted from Sakinah Saptu

Wednesday, November 24, 2010

Insya Allah

Every time feel like you cannot go on
You feel so lost
That you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can’t see which way to go
Don’t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah

Insya Allah
Insya Allah you’ll find your way


Insya Allah
Insya Allah
Insya Allah you’ll find your way


Every time you commit one more mistake

You feel you can’t repent
And that its way too late
You’re so confused, wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame 


Don’t despair and never loose hope

Cause Allah is always by your side
Insya Allah

Insya Allah
Insya Allah you’ll find your way 


Insya Allah

Insya Allah
Insya Allah you’ll find your way

Turn to Allah

He’s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray


Ooo Ya Allah
Guide my steps don’t let me go astray
You’re the only one that showed me the way,
Showed me the way

Showed me the way
Showed me the way

Insya Allah

Insya Allah
Insya Allah we’ll find the way

Insya Allah
Insya Allah
Insya Allah we’ll find the way 

Insya Allah
Insya Allah
Insya Allah we’ll find the way

Insya Allah
Insya Allah
Insya Allah we’ll find the way

Insya Allah
Insya Allah
Insya Allah we’ll find the way

Tuesday, November 9, 2010

Adab Menziarah

Sentiasalah mengingati mati dan menziarahi kubur
Adab Menziarahi Kubur
  • Beri salam kepada semua ahli kubur
  • Baca al-Fatihah dan niatkan pahala bacaan kepada orang tertentu
  • Bersihkan persekitaran kubur
  • Ambil iktibar bahawa kematian datang bila-bila masa
  • Selalu ziarahi kubur orang-orang soleh

Adab Menziarahi Orang Sakit
  • Berziarah selang sehari jika mampu
  • Jangan berziarah terlalu lama kerana dikhuatiri mengganggunya
  • Melahirkan rasa kasihan dan simpati kepadanya
  • Jangan terlalu banyak bertanya tentang sakitnya
  • Mendoakan pesakit agar segera sembuh
  • Tidak melihat auratnya dan cuba elakkan
  • Membisikkan kalimah syahadah di telinga pesakit itu dan menghadapkannya ke arah kiblat.

Do Not Do After Eating

Don’t do these things after meal…
  1. Don’t smoke- Experiment from experts proves that smoking a cigarette after meals is comparable to smoking 10 cigarettes (chances of   cancer is higher).
  2. Don’t eat fruits immediately – Immediately eating fruits after meals will cause stomach to be bloated with air. Therefore take fruits 1-2 hours after meal or 1 hour before meal
  3. Don’t drink tea – Because tea leaves contain a high content of acid. This substance will cause the Protein content in the food we consume to be hardened thus difficult to digest
  4. Don’t loosen your belt – Loosening the belt after a meal will easily cause the intestine to be twisted & blocked.
  5. Don’t bathe – Bathing will cause the increase of blood flow to the hands, legs & body thus the amount of blood around the stomach will therefore decrease.   This will weaken the digestive system in our stomach
  6. Don’t walk about – People always say that after a meal walk a hundred steps and you will live till 99. In reality this is not true. Walking will cause the digestive system unable to absorb the nutrition from the food we intake
  7. Don’t sleep immediately – The food we intake will not be able to digest properly. Thus will lead to gastric & infection in our intestine
From: nazrichik.com

Monday, November 8, 2010

Malaysia to design own EV71 vaccine

September 16, 2010
 



KUALA LUMPUR, Sept 16 – A Malaysian biotech start-up is developing a vaccine to combat the Enterovirus 71 (EV71) virus which causes Hand, Foot and Mouth Disease (HFMD), a common illness which afflicts infants and children with fever, blister-like eruptions in the mouth, and skin rash.
The BioNexus-status company, Sentinext Therapeutic Sdn Bhd, said the development of the vaccine was important because children who contract HFMD from the EV71 virus face a higher risk of developing severe — and potentially fatal — neurological diseases.
Sentinext Theurapeutics was established by CEO Peter Wulff and chief scientific officer Jane Cardosa in 2009.
Wulff said the development of the new vaccine was an important step in the company’s effort to combat infectious illnesses.
Prof Mary Jane Cardosa

.
“Solutions for infectious diseases such as malaria, dengue and HFMD have been woefully inadequate despite the fact that these diseases affect billions of the world’s population — particularly the poor,” Wulf said in a press statement.
In July, Taiwan announced that it has started human clinical trials of its own HFMD vaccine, which should be ready for use by early 2011. Its first clinical trial is scheduled to be launched this month with 30 adults as trial subjects.
China also began its clinical trial earlier this year.
Sentinext, however, is adopting a different approach in developing its vaccines by constructing virus-like particles (VLPs), as opposed to conventional vaccines which use weakened or inactivated viruses.
Wulff said the “look-alike” particles mimic the shape of the real virus, triggering the production of the antibodies to fight the bug.
“Compared to older methods, this avoids introducing the real virus into the body which could cause side effects. However, it’s technically very challenging. Engineering the VLP requires not just good science but out-of-the-box conceptualisation as well as rigorous lab technique. It takes deep knowledge, creativity and thoroughness,” he added.
The Sentinext founder also confirmed that the company will proceed with its pre-clinical animal studies for its vaccine.
“The company has just completed the making of its first EV71 vaccine candidate and initial experiments have shown good immune response to the VLP. To prove safety and efficacy, the vaccine candidate must go to pre-clinical animal studies and, subsequently, human clinical trials,” he said.


This is good that we will developed our own vaccine against the virus.  Right now, researchers from USM (Prof Zainul Fadziruddin Zainuddin, Head Project) are doing the challenge study of EV71 in a mouse model. They are using the recombinant BCG and subunit vaccine which both expressing VP1 of EV71 in enhancing the immune response and antibodies production in mice in stead of VLP. The study is still in progress. From the preliminary results, it showed that immunized mice with both vaccines produced a significant of antibody.The projects were collaborated by the other institutions i.e UM (Prof Wong Kum Thong), UPM (Prof Khatijah Yusoff) and UNIMAS (Prof Mary Jane Cardosa).

Monday, November 1, 2010

Doa

Bacalah doa-doa ini semasa menghadapi sakit fizikal, mental dan iman.

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً  ) رواه مسلم(  
Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)
 كان النبي صلى الله عليه وسلم يعوذ الحسن والحسين ويقول : إن أباكما كان يعوذ بها إسماعيل وإٍسحاق أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّةِ مِنْ كُلِّ شَيْطاَنٍ وَهَامَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لَامَّة } . رواه البخاري(
Ertinya : Nabi s.a.w ketika sedang meminta perlindungan untuk Al-Hasan dan Al-Husain berkata : Sesungguhnya kedua-dua ibubapamu meminta perlindungan dengan (bacaan) yang dibuat oleh Nabi Ismail dan Ishak iaitu : "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna, daripada setiap Syaitan dan mahkluk berbisa dan dari setiap pandangan mata dengki & hasad yang berniat jahat" ( Riwayat Al-Bukhari)

 أن جبرائيل أتى النبي صلى الله عليه وسلم فقال يا محمد اشتكيت ؟ قال نعم , قال : بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ مِنْ كُلِّ شَيْئٍ يُؤْذِيْكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْعَيْنٍ أَوْ حَاسِدٍ , اللهُ يُشْفِيْكَ بِسْمِ اللهِ أُرْقِيْكَ } . صحيح سنن " ابن ماجه)

Ertinya : Telah datang Jibrail kepada nabi sa.w dan berkata : Wahai Muhammad, adakah kamu mengadu kerana sakit? . Jawab Nabi " Ya". Jibrail membalas " Bacalah "Dengan nama Allah yang mengubatimu, dari segala perkara yang menyakitimu, dan juga dari kejahatan setiap jiwa,mata dan hasad. Allah akan menyembuhkanya dan dengan namaNya engkau disembuhkan" 


Baca tujuh kali dengan tangan diletak di tempat sakit , kemudian baca Bismillah tiga kali dan terus baca doa berwarna merah di bawah:  
أنه شكا إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم وجعا يجده في جسده منذ أسلم فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم ضع يدك على الذي تألم من جسدك وقل باسم الله ثلاثا , وقل سبع مرات : أَعُوذُ بِاللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ } . رواه مسلم
Ertinya : Seorang sahabat datang mengadu kepada Nabi berkenaan kesakaitan yang terdapat ditubuhnya sejak dari ia masuk Islam, lalu nabi mengajarkan berkata : " Letakkan tanganmu ditempat yang kamu merasai sakit itu dan bacalah Bismillah tiga kali dan kemudian bacalah tujuh kali : " Aku berlindung dengan kuasa Allah dari segala kejahatan  yang telah menimpaku dan yang aku ingin hindari
(Riwayat Muslim)

  قال رسول الله صلى الله عليه وسلم من عاد مريضا لم يحضر اجله فقال عنده سبع مرارٍ أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَّ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يُشْفِيَكَ إلا عافاه الله من ذلك المرض } . صحيح " سنن الترمذي "
Ertinya : Nabi telah berkata " Barangsiapa melawat orang yang sakit yang belum kelihatan akan tiba ajalnya (sakit yang dikira boleh sembuh), bacalah di sisinya tujuh kali : " Aku memohon kepada Allah yang maha agung, tuhan bagi arasy yang agung agar menyembuhkanmu". Tiadalah dibacakah itu kecuali akan disembuhkan dengan izin Allah dari sakit tersebut. ( At-Tirmidzi : hadis Sohih)



Adapted from original article from:

Zaharuddin Abd Rahman