Thursday, March 24, 2011

Semangat

Kalau pergi sekolah pagi-pagi, maknanya selepas Subuh tidak tertidur berselimutkan kain tuala.
Tapi kalu terlewat ke sekolah, maknanya tertidur sambil mendengar radio ikim.fm yang membincangkan banyak topik pagi yang menarik. (Biasalah tertidur kalau bab2 mendengar ceramah or kuliyah agama)..huuhu

Hari ini alhamdulillah, lepas Subuh terus mandi dan bersiap sedia ke sekolah.
Sambil menunggu sarapan, bermain-main dengan Zawanah, si cilik 1 tahun yang suka makan kismis aku kat bilik.

Rezeki hari ini yang best, nasi kerabu..yummy! alhamdullillah!

Lepas kenyang terus merempit pagi-pagi membelah sungaian lautan tali airan ratusan puluhan kereta dari Melor ke Kubang Kerian. Oh! sungguh indahnya merempit sambil memotong-motong kereta..

Sampai di sekolah, buka laptop, check emel & baca blog. Baca perkembangan terkini dunia dan terutama perkembangan di Malaysia..Oh politik di Malaysia sekarang ini macam buat aku bingung sahaja. Hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk semua! Yang pasti Islam adalah untuk semua!

Hari ini, my second boss datang bilik dan tanya perkembangan research. Kemudian terus bagi motivasi sikit yang memang menaikkan semangat yang mudah hilang ini . Terus bersemangat untuk teruskan kerja-kerja makmal. Thank you Dr H!

Terus ke Rumah Haiwan untuk test Blood Glucose level semua tikus yang disuntik dengan STZ.

Good news: All the induced rats were showed a good sign. Oh tikus terima kasih kerana menjadi diabetis. Jasamu akan kukenang! Alhamdulillah!

Happy the whole day! Thank you Allah.

Petang sebelum balik, tambah media pada cell culture untuk treatment esok!






No comments:

Post a Comment