Wednesday, June 22, 2011

Tawakal

Menyerahkan semua perkara kepada Allah, 
bertawakal kepadaNya, 
percaya sepenuhnya terhadap janji-janjiNya,
redha dengan apa yang dilakukanNya, 
berbaik sangka kepadaNya dan menunggu dengan sabar pertolongan dariNya, 
merupakan sebahagian daripada sifat mukmin yang paling mulia. 

Dan ketika seorang hamba merasa tenang bahawa apa yang akan terjadi itu baik baginya dan ia menggantungkan setiap permasalahannya hanya kepada Rabbnya, 
maka ia akan memperoleh pengawasan, perlindungan, kecukupan, kekuatan serta pertolongan dari Allah.

No comments:

Post a Comment