Thursday, July 15, 2010

Doa Rabitah

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah dikumpulkan kerana Mengasihani-Mu, bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu. Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalan-Mu yang benar. Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak akan malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keyakinan dan keindahan tawakal kepada-Mu. Suburkanlah hati-hati ini dengan makrifah tentang-Mu. Jika Engkau mentakdirkan mati, maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. Ya Allah perkenankanlah permintaan kami ini.

Ameen.

No comments:

Post a Comment