Saturday, July 24, 2010

Indahnya Hidup Bersyariat

Allah berfirman dalam surah An-Nahl ayat 90:
Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatab yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajr kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya."


Asy-Syahid Sayyid Qutib Rahimahullah melalui tafsirnya yang terkenal berjudul 'Fi Zilalul-Quran' menjelaskan bahawa ayat tersebut merupakan tali pengikat yang menjadikan kehidupan itu indah dan bahagia. Bermula dengan kehidupan individu menjadi indah dan bahagia disusuli dengan kehidupan keluarga, seterusnya kehidupan bermasyarakat turut menjadi indah dan bahagia. Berasaskan firman Allah di atas menjelaskan bahawa keindahan kehidupan mulai indah apabila ia disulami dengan tiga jalur hidup utama iaitu:

  • Nilai adil dan ehsan
  • Nilai mengutamakan hak kepada mereka yang berhak
  • Nilai mencegah dari melakukan kekejian dan kefasadan

Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 2:
"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintah-Nya)."


Di peringkat kerajaan dan pemerintah, kayu ukur berlaku adil dan ehsan adalah asas utama untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Manakala pelaksaan kepada kayu ukur tersebut dapat dibuktikan apabila mereka menjadikan soal maslahah dan kepentingan rakyat jelata adalah matlamat utama mereka tatkala diberi mandat sebagai penguasa dan kerajaan.

Hidup berfalsafah dengan falsafah yang songsang iaitu memberikan hak kepada mereka yang tidak selayaknya diberi, dan tidak memberikan hak kepada mereka yang sepatutnya diberi. Oleh itu, amaran Allah pada ayat 90 Surah An-Nahl tepat sekali agar jangan sedikit pun kita semua menyimpang dari tunjang kebenaran kepada kepalsuan. 

Firman Allah dalam surah Al-Hajj ayat 41:
"Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan."

 
sedutan khutbah JAIS

No comments:

Post a Comment