Thursday, July 15, 2010

Kelebihan bersugi


Bersugi ini adalah sunnah Rasullullah s.a.w. Bersugi bermaksud membersihkan mulut dan gigi. Rasulullah s.a.w telah menjelaskan dalam sabdanya yang bermaksud:


Dari Abu Hurairah, dari Nabi s.a.w sabdanya: “sekiranya tidaklah menjadi suatu bebanan kepada umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali mereka hendak mengambil wuduk” (Riwayat Ahmad, Malik dan al-Nasa’i)



Banyak sebenarnya kelebihan bersugi ini:
  • Boleh membersihkan mulut
  • Boleh menghilangkan bau
  • Membaikkan tulang belakang
  • Memudahkan penghadaman makanan
  • Menguatkan gusi dan gigi
  • Melambatkan uban
  • Tubuh badan lebih sihat
  • Menguatkan ingatan/hafazan
  • Menambahkan akal (pintar/bijaksana)
  • Menggandakan pahala
  • Memudahkan keluar nyawa (ketika nazak)
  • Memudahkan menyebut syahadatain ketika nazak
  • Memurahkan rezeki
  • Menghilangkan sakit kepala
  • Menambahkan kebajikan

Bersama-samalah kita mengamalkan bersugi ini.


Waktu-waktu dituntut bersugi.

  • Ketika hendak membaca Al-quran.

  • Hendak mengerjakan solat.

  • Ketika perubahan bau mulut.

  • Bangun dari tidur.

  • Hendak tidur.

  • Gigi menjadi kuning.

  • Ketika hendak berwuduk.

  • Ketika hendak berzikir.

  • Ketika hendak memasuki kaabah.

  • Hendak masuk rumah selepas berjalan.

  • Ketika lapar dan dahaga.

  • Ketika hendak mati.

  • Hendak musafir atau balik dari musafir.



Source: http://makmal.8m.com/bersugi.html

No comments:

Post a Comment